Perkhidmatan ini diuruskan oleh Bayu Kembara yang merupakan anak syarikat dibawah pengurusan Kembara Ilmu Travel & Tours Sdn Bhd (KPL : 6591). Kembara Ilmu Group adalah sebuah syarikat pelancongan berlesen yang mempunyai pengalaman dan rangkaian yang luas. Encik Nor Azizan Bin Adnan adalah merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Kembara Ilmu Group. Beliau bersama rakan kongsinya mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pelancongan. Selain dari memberi perkhidmatan pelancongan, beliau juga merupakan perunding perniagaan pelancongan yang dikenali ramai. Konsep perniagaan pelancongan "Profit Sharing" yang beliau pelopori telah membangunkan ramai usahawan pelancongan di Malaysia.






 

 Encik Azizan Bin Adnan bersama Staff Kembara Ilmu.








Kembara Ilmu Group merangkumi semua perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara. Kembara Ilmu Group mempunyai jaringan rakan kongsi dan wakil terus di pelbagai destinasi. Rangkaian rakan kongsi dan wakil terus kami memberikan keyakinan kepada para pelanggan bahawa pakej percutian mereka adalah selamat dan selesa. Destinasi utama luar negara kami kebanyakannya adalah di Indonesia seperti Bandung, Jakarta, Medan, Bali, Jogjarkata, Surabaya dan lain-lain. Selain dari itu, kami juga mempunyai destinasi yang lain seperti Korea, Australia, Thailand, China, Vietnam dan lain-lain. Selain dari itu, Kembara Ilmu Group juga mempunyai rangkaian tempahan lebih dari 45,000 hotel, pengangkutan dan tiket seluruh dunia.


Kami menjalankan perniagaan secara Offline dan Online yang dimana memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan secara mudah, senang dan cepat. Kami mengutamakan perkhidmatan yang mementingkan kepuasan pelanggan di samping menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menepati citarasa dan peruntukan pelanggan. Sebutharga pakej kami adalah telus, tiada caj tersembunyi, mampu milik dan menepati peruntukan kewangan anda. Kami berusaha lebih untuk memastikan anda mampu bercuti..ini kerana MOTTO kami adalah "NOW EVERYONE CAN TRAVEL"


Sasaran objektif kami adalah "KEPUASAN PERCUTIAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN DAN KEJAYAAN KAMI".